Di luar anjing dan bunyi tangis bayi.
Di hadapan ku tin bir kosong dan mangkuk sisa megi mi.
Sudah mula dihurung semut.
Tiada apa yang aku harapkan pada malam ini selain menanti datangnya ide.
Ide yang boleh ditukarkan kepada sepinggan nasi dan mungkin beberapa tin bir lagi.
Dan kini sudah hampir 3 jam berlalu. Aku masih lagi mengadap PC. Menanti dengan rokok keretek di bibir. Berpeluh.Hangat. Dan berkabus.
Ide tidak muncul lagi. Dan kelihatannya dia tidak mahu muncul malam ini.
Sang kekasih dari tadi lagi sudah melepaskan dengkur. kepenatan.
Aku dan dia penat. Mencari jalan supaya yang akan datang itu nantinya lebih mudah buat kami.
Dan kelihatannya dia makin berjaya. Tetapi aku sebalinya menjadi lebih tidak berguna.
Tragedi Annie Hall. Aku persis Alvi Singer.
Membosankan. Menyakitkan hati. Sukar difahami. Menginginkan sebuah utopia tetapi yang wujud hanyalah sebuah distopia.
Keresahan hidup aku banyak mendatangkan kos kepada Sang kekasih. Lewat malam hari sebegini. Biasanya aku akan menyalahkan diri.
Kenapa aku tidak mampu memberikannya sedikit syurga atau setidaknya not-not material yang membolehkan hidupnya lebih selesa.
Betapa bodohnya dia, memilih aku dan kini tidurnya hanya beralaskan tilam murah dan tinggalnya dalam suasana bilik yang hangat ini.
Sabar.
Aku kembali mengadap PC. Di Skrin terpampang software word.
kosong.
Entah bila ianya mahu terisi.
Mata mengadp PC. Ide yang ditunggu.
...
Entah bila mahu menjengah ke mari.

No comments:
Post a Comment