Wednesday, March 16, 2011

Kronologi Life Seorang 'Loser' #1

Aku tidak dapat lelapkan mata. Panas. Atau horny. Tidak tahu yang mana satu. Yang nyata, semuanya serba tidak kena. Aku berguling ke kanan dan ke kiri, mencari keselesaan di atas tilam saiz Queen tanpa rangka katil, yang aku beli guna duit PTPTN 3 tahun yang lalu. Kegelisahan ini bagaimanapun berakhir apabila badan aku merapat ke dinding. Terasa sedikit nyaman bila tubuh aku yang hanya berboxer menyentuh sejuk simen dinding tersebut.

Aku rindukan Maddy saat-saat begini. Rindu horny? atau rindu yang benar-benar rindu. Mungkin kedua-duanya sekali. Tapi entah dengan siapa Maddy bermalam hari ini. Mungkin sekarang ini, si jalang itu sedang mengerang dihenjut dari belakang oleh jantan keparat mana yang ditemuinya di Laundry Bar sewaktu dirinya sedang separuh high. Pantat betul. Membayangkannya sahaja hatiku menjadi panas. Aku tidak tahu samada aku cemburu atau apa.

Hubungan aku dengan Maddy ibarat rockstar dengan pornstar. Dari segi lain, aku juga banyak celakanya. Tiada satu ikatan yang kukuh melainkan aku dengan dia tahu bahawa hubungan kami berdiri berpaksikan kefahaman bahawa ianya tidak real. Tiada apa yang real.Seperti mana kata seorang filusuf atheis gila Jerman ‘ tiada apa yang nyata, semuanya persepsi’.

Aku tidak mahu mempunyai hubungan dengan Maddy, aku tidak mahu mempunyai apa-apa komitmen. Bukan sahaja pada Maddy malahan pada sesiapa pun. Maddy pernah satu masa dahulu, mahu hubungan kami beranjak menjadi lebih serius.

Tetapi yang babinya pada waktu itu, aku yang tidak mahu. Bagi aku, jika dia mahu bersama aku, bersamalah dengan aku. Jika dia tidak mahu, tidak perlu. Tiada apa yang aku rugikan. Kerana aku dan dia (serta semua manusia di bumi ini) hanya menanti kemusnahan dan kecelakaan… oleh kerana itu tidak perlu membina apa-apa, kerana pada akhirnya semuanya akan musnah. Semuanya akan mati.

Dan apabila Maddy pergi, entah kenapa, aku kunyah kata-kata aku dengan pedih.

Sesekali Maddy datang menjengah aku di kala dia tidak merasa tenteram. Mungkin dia gemarkan rumah aku yang kosong dan lapang atau lebih tepat lagi sunyi. Mungkin dia memperoleh ketenangan di sebalik pintu rumah aku ini.

Aku bencikan perabot. Rumah aku kosong. Hanya ada tilam. PC buruk yang digerakkan oleh pentium 3. Gitar Ibanez pemberian ayah aku. Gondola baju ( untuka ku menyangkut baju aku yang tak berapa helai itu). TV. Dan beberapa keperluan asas seperti peti ais dan dapur dua penunu. Dan oh ya, tidak lupa microwave.

Tiada sofa Cavenzi, tiada perabot Ikea. Aku rimas.Dan aku tidak perlukannya.

Esok Sabtu. Hari back to back menonton wayang. Aku mahu Maddy temani aku. Aku capai Blackberry. Dail nombornya. Tone berdengung di corong. Panggilan berjawab apabila tone tersebut berganti dengan ambience bising hentaman bass.

“Hello Maddy, kau kat mana?”

“Gosh”

“buat apa?”

“Goshhhhhh…buat apa lagi kat sini?!”

“ Esok movie time, back to back?”

“aaa…ok, see ya tomorrow”

Klik.

Luar bunyi guruh. Tak lama dengar rintik-rintik hujan. Aku boleh tidur senyum.