Rantaian kesialan yang bertimpa-timpa.
Dunhill bertukar Marlboro dan Marlboro bertukar Pall Mall.
Cita-cita dan angan-angan. Kadangkala membunuh.
Di sini aku menulis. Di sini Fiksi. Di sini Puisi. Di sini semuanya KARUT.
Malam ini masa berlari
Dan aku dengan kau masih lagi meratapi
Kan sudah kita berjanji?
Tapi sepertinya biasa.
Kau dan aku.
Setan di tengah.
Syurga dan neraka kabur dalam bayangan tereka.
…
Alvi Singer
lelaki sadis dari Manhataan aku jadikan role model
Dan kau siapa lagi kalau bukan Annie.
Who’s the fucking Annie?
…
Tragedi tapi romantik
Atau sebaliknya….
Romantik tapi tragedi…
Ohh… no need to worry asshole…
kau dan berjuta lagi macam kau tidak akan faham
Tapi aku individualis
Yang tak perduli samada kau mahu menerima atau benci.
…
Cinta itu Puncak Genting…
Penuh lampu neon,
nafsu,
berahi,
Mencari kehangatan.
Dan
Pertaruhan.