Sunday, February 28, 2010

Trajis

Malam, dan mata masih mengadap PC.
Di luar anjing dan bunyi tangis bayi.
Di hadapan ku tin bir kosong dan mangkuk sisa megi mi.
Sudah mula dihurung semut.
Tiada apa yang aku harapkan pada malam ini selain menanti datangnya ide.
Ide yang boleh ditukarkan kepada sepinggan nasi dan mungkin beberapa tin bir lagi.

Dan kini sudah hampir 3 jam berlalu. Aku masih lagi mengadap PC. Menanti dengan rokok keretek di bibir. Berpeluh.Hangat. Dan berkabus.

Ide tidak muncul lagi. Dan kelihatannya dia tidak mahu muncul malam ini.

Sang kekasih dari tadi lagi sudah melepaskan dengkur. kepenatan.
Aku dan dia penat. Mencari jalan supaya yang akan datang itu nantinya lebih mudah buat kami.

Dan kelihatannya dia makin berjaya. Tetapi aku sebalinya menjadi lebih tidak berguna.
Tragedi Annie Hall. Aku persis Alvi Singer.
Membosankan. Menyakitkan hati. Sukar difahami. Menginginkan sebuah utopia tetapi yang wujud hanyalah sebuah distopia.

Keresahan hidup aku banyak mendatangkan kos kepada Sang kekasih. Lewat malam hari sebegini. Biasanya aku akan menyalahkan diri.
Kenapa aku tidak mampu memberikannya sedikit syurga atau setidaknya not-not material yang membolehkan hidupnya lebih selesa.
Betapa bodohnya dia, memilih aku dan kini tidurnya hanya beralaskan tilam murah dan tinggalnya dalam suasana bilik yang hangat ini.

Sabar.

Aku kembali mengadap PC. Di Skrin terpampang software word.
kosong.
Entah bila ianya mahu terisi.

Mata mengadp PC. Ide yang ditunggu.


...

Entah bila mahu menjengah ke mari.





Thursday, February 25, 2010

Sebab itu telefon itu fungsinya lebih dari sekadar membuat panggilan.

"Kenapa muram"

Sang kekasih terus membatukan diri. Tidak bergerak. Memandang jalan. Pandangan yang kosong.

" Kalau diam macam itu. Takkan selesaikan masalah. Aku tak kan tahu apa yang kau fikir. Aku tiada psikik atau apa-apa power untuk membaca fikiran kau. Kenapa ni?. Cakaplah..."

Sang kekasih menjeling ke arah aku. Tiada perasaan.

" Period ke?"

Dia lantas memandang aku. Aku tak boleh membalas pandangannya. Mata aku harus ke jalan. Aku tengah memandu. Pemandu harus sentiasa melihat jalan. Kalau tidak. Mungkin ini adalah perjalanan aku dan sang Kekasih ke neraka. Bukan e@Curve untuk menonton Wolfman. Aku belum mahu ke neraka. Aku mahu menonton Wolfman. Aku mahu selamat. Oleh itu mata harus sentiasa di jalan.

" Kenapa kalau perempuan ada masalah , orang lelaki menganggap perempuan tu period?"

" kalau tak period apa?"

" Tak lah aku tak period ok?. Stop it. period!."

"ok. Period!."

" what?"

" Yalah stop.Noktah. Per.. ahuh" Aku buat signal zipkan mulut.

Dia kembali memandang jalan. Aku juga memandang jalan. Apa lagi yang boleh aku dan dia lakukan di dalam kereta selain dari memandang jalan.

" Ares.."

" Hum?"

" Ingat tak hari ni hari apa?"

" Oh ya, Khamis, 25 haribulan...why?"

"itu je?"

Dia menjeling.

" Yup, kenapa? Ada perkara-perkara istimewa ke?"

Aku serba salah. Aku benci akan tarikh. Aku benci nombor. Kebencian aku terhadap nombor boleh dilihat dari keputusan SPM aku yang dapat 7. Dan sekarang sang Kekasih sedang bertanyakan aku keistimewaan this fucking day yang aku sumpah tak ingat apa-apa keistimewaannya.

"Hari ni hari kita declare as a couple, kenapa kau boleh lupa."

Sang Kekasih memandang ke tingkap luar. Dan fuck! Ini kritikal. Macamana aku boleh lupa tarikh ni. Walaupun aku bencikan angka atau mengingati tarikh tetapi tidaklah sampai aku boleh lupakan tarikh ini.

Ok, aku tipu, aku memang lupa. tapi aku dah buat sesuatu untuk aku tidak lupa. Aku dah set kan tarikh-tarikh penting kat dalam telefon aku. Ini untuk memastikan yang aku tidak akan lupa tarikh yang sememangnya aku akan lupa. Lelaki mana yang nak ingat tarikh. Ini adalah semulajadi.

Tapi hari ini aku rasa lain macam. Yup, ada sesuatu yang tak betul. Masakan aku tidak disedarkan oleh alarm telefon aku malam tadi tentang tarikh ini.

" Sayang, ni bulan 2 kan?"

Dia senyap. Aku curi-curi pandang ke arahnya. Dia masih memalingkan wajahnya ke luar tingkap.


" Sayang. Ini bulan 2 lah.25 haribulan 2."

Aku lihat bahunya bergetar. Dia menekap mulutnya dengan tangan. Perlahan-lahan aku mendengar dia ketawa. Dia kemudiannya berpaling dan meletakkan mukanya ke bahu aku sambil ketawa. Ketawa itu serius ketawa fake yang diketawakan untuk memperbetulkan keadaan. Orang bersalah ada macam-macam gaya hendak perbetulkan salah mereka. Ada yang menangis dan ada yang ketawa. Dan yang ketawa ini biasanya disebabkan kesalahan itu adalh kesalahan yang silly. Seperti Sang Kekasih sekarang ini lah.

"Sorry. Sorry... aku silap. Sorry ye sayang"

Dia mencubit-cubit dagu aku. wajah tadi yang merajuk itu dah hilang entah kemana.

" Sekarang siapa yang tak ingat anniversary kita? Huh..."

Dia masih lagi ketawa.

" Aku ingat dah bulan 3. Fuck."

Katanya berselang ketawa.

Serius ini kelakar. Aku pandang ke jalan dengan senyum. Tiada apa yang perlu diperbesarkan. Lupa tarikh?Ttiada hal lah bagi kami yang lelaki.



Tuesday, February 9, 2010

Kerana itu aku tidak suka orang melihat aku dari sudut lo-angle.

Ruang tamu. 4.10 a.m. Berselerak.

No Suprises format MP3. Melankolik kedengaran.

Thom Yorke menjadi teman,mencantas sunyi malam, walau hanya suara kedengaran dari corong laptop yang terpasang tidak dipedulikan.

Berkabus asap nikotin. Suram dan Siluet. Cahaya cuma dari lampu yang mencelah dari pintu tandas yang tidak terkatup rapat. Sinar cahaya membias partikel asap dari Lucky strike dan Sampoerna Hijau.

Dalam suasana penuh efek kabut itu hanya ada aku dan si Kekasih.

Wiski lokal di tangan. Teguk. Panas alkohol menjalar dari tekak ke usus.Wajah berkerut. Si Kekasih yang melandaikan kepala di peha memandang wajah tanpa mengelip mata. senyap-senyap dia tersenyum.

" Kenapa, Kekasih?" aku bertanya sambil mengelus rambut lurus halusnya.

Dia hanya mengukir senyum. Sentiasa manis seperti selalunya.

" Bosh..." Desahnya manja.

" Yes, dear..."

" You dah ada double chin..."

Ouch!...