Tuesday, May 22, 2012

Anjing Dari Neraka.

Cinta itu adalah anjing dari neraka - Bukowski.

Bila aku bersendirian ( seperti keadaan aku menulis ini) Ditemani sebatang rokok dan dikelilingi asap. Sunyi yang benar-benar sunyi ( walau aku tidak peduli akan kesunyian itu kerana bukan itu yang aku risaukan). Aku dapat rasakan yang cinta itu memang seperti yang Bukowski katakan. Ianya anjing.

Anjing fitrahnya setia tapi datangnya dari neraka sudah tentunya memberi satu metaforikal yang buruk. Tidak, jangan salah tafsir. Ianya bukan dalam keadaan rindu atau apa bila aku mula menulis tentang cinta. Ianya adalah satu perasaan yang sukar untuk aku tafsirkan. Bila mana sekarang ini aku bukan dalam mode itu (baca : cinta/ bercinta).

Cinta itu hadir sekali sekala, dalam bentuk yang sofistikated. Cuma seringkalinya ia problematik. Aku suka anjing. Ianya terbukti teman paling rapat manusia. Walaupun ianya datang dari neraka. Ianya tetap teman yang rapat. Cuma mungkin bawa sekali sengsara. Satu analogi yang cukup aku suka.

***

Aku sedang mengajar ( baca: membantu) pelajar-pelajar filem di sebuah IPTA mengenali lebih dekat tentang dunia sinema mengikut apa yang aku tahu dan apa yang aku faham. Dalam proses itu, aku terdedah kepada banyak situasi yang kadangkala menggembirakan dan kadang kalanya, mengecewakan. Ini aku anggap sebagai satu proses pembelajaran kepada aku tentang dunia yang secara praktikalnya nampak mulia namun penuh dengan hipokrasi dari kedua belah pihak ( pengajar dan pelajar).

Benar Godard kata - Sinema sudah mati. Dan ianya dibunuh oleh orang-orangnya sendiri.

Cuma bila sesekali ada segerombolan anak muda yang benar-benar sinefelia, gerila, pemberontak, dan gila datang dan bergesel bahu untuk bertanya itu dan ini dalam bentuk provokasi atau penuh budi bahasa.

Keyakinan aku terhadap kemanusiaan dan kesinemaan hidup kembali.

Dan kerana mereka aku masih percaya kepada bidang pendidikan ini.

***

Hidup secara minimalis bukanlah satu gaya hidup yang aku suka.

Ianya boring.

Kau akan memakai baju yang sama, kau akan mengadap makanan yang sama, kau akan bersosial di persekitaran di sama.

Celaka apa?

Tapi itulah hidup yang aku sedang jalani. Celaka atau tidak ianya lebih celaka kalau kau berhutang semata-mata untuk memeriahkan hidup yang serba boring ini.

Ini semua kerana tunggakan dan bayaran yang patut aku perolehi bulan ini ditunggak lagi ke bulan depan. Babi. Pantek. Bekerja dalam satu sistem yang penuh dengan kebabian dan kesialan pemalas yang bermaharaja lela, tidak banyak yang dapat aku lakukan.  Kebenakkan menjadi pekung di kepala mereka, Sehingga bebal dan buta kepada masalah orang lain. Butuh apa dah 4 bulan peram duit aku?

Aku anggap periode tidak bergaji ini mengajar aku hidup sebagai hippies. Peace. Peace. Peace. Fuckkkkkkkkkkk.

Esok aku amuk. Dan masa itu baru mereka akan sedar bahawa aku bukan pokok yang hidup dengan berfotosintesis. Cis.








No comments:

Post a Comment